top of page
NILAI semakin bernilai

Stadium dimana bermulanya NILAI MTB Jamboree 2014

Jalan ini sebenarnya adalah estate kelapa sawit suatu ketika dulu. Kadang-kadang macam tak percaya NILAI yang sunyi sepi dulu dah meriah. Jalan ini sebenarnya menuju ke stadium dimana flag off NILAI MTB Jamboree diadakan. Jalan ini juga menuju ke USIM.

Senario dikawasan Universiti Sains Islam Malaysia. Suasana yang tak pernah tergambar suatu ketika dahulu.

'Orang lama' NILAI sendiri tak tahu dimanakah jam ini berada. Sebenarnya jam ini terletak di Dataran Nilai (BBN-Bandar Baru Nilai), dulunya adalah estate dan hanya tempat orang memikat ayam hutan dan sarang babi hutan. Nah sekarang!...dah jadi Dataran Nilai setanding dengan Dataran Merdeka tuuu...

Nilai semakin dikenali sebagai bandar ilmu kerana terdapat banyak kolej-kolej dan universiti disekitarnya.

 

Dulunya, NILAI adalah sebuah pekan koboi, disitulah penduduk sekitar membeli belah, disitulah penduduk sekitar membeli segala keperluan ketika hari raya, pakaian sekolah, sekitarnya dikelilingi oleh kampung-kampung tradisional, estate kepala sawit dan estate getah. Geographinya yang berbukit bukau (kalau lah zaman itu dah ada trend basikal lasak pasti ramai yang surrender ditengah jalan sebab ketika itu alam semulajadinya lebih terpelihara dan belum diusik, masih dara! Bukit bukau belum ditarah!!). Sekarang, segalanya telah berubah wajah bermula penghujung tahun 80-an hingga kini NILAI masih terus membangun dengan infrastruktur dan lanskap yang semakin teratur, dari pekan menjadi 'bandar'. Kami sebagai anak jati NILAI sebenarnya kagum dengan segala macam perubahan dan kemudahan yang ada di NILAI. Memang mengagumkan dan kami sendiri boleh sesat dengan jalan-jalan yang ada di NILAI...!! Sungguh memalukan. Kawasan perumahan semakin banyak dan penduduknya semakin ramai. Rumah-rumah pun bukan calang-calang rumah, harga sampai mencecah ke juta! Mana tidaknya, jutawan-jutawan pun dah ramai di NILAI dan menetap di NILAI. Maklumlah NILAI semakin bernilai! Walaupun begitu, kampung-kampung tradisional masih boleh dilihat disekitarnya, mungkin tak seperti dulu tapi suasana kampung masih boleh dirasai. Cuma mentaliti sudah banyak berbeza, minda semakin terbuka.

 

Bandar NILAI khususnya perlu dilihat dalam dua kontex pertumbuhan dan pembangunan iaitu sebagai daerah utama dalam pertumbuhan dan pembangunan diperingkat negeri dan sebagai sebuah daerah yang berperanan diperingkat nasional selaras dengan kedudukannya dalam konurbasi Kuala Lumpur.

 

 

 

 

NILAI bandar ilmu

Walaupun dikelilingi pembangunan pesat, wajah pekan NILAI tetap seperti dulu. Satu khazanah yang bernilai dan patut dikekalkan. Disinilah orang-orang sekitar NILAI membeli belah sebelum adanya Tesco, Giant dan Gedung wholesale Nilai 3 ujud di NILAI.

Dataran NILAI

bottom of page