top of page

Kayuhan berNILAI

Sinopsis NILAI MTB jamboree 2014

Kami AKAR TEGUH TRAVEL Sdn. Bhd. sebagai agensi pelancongan bumiputera bekerjasama dengan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) julung kalinya menganjurkan NILAI MTB Jamboree 2014 ini.

 

Memandangkan aktiviti basikal lasak semakin menjadi trend masa kini maka kami teruja untuk menyaksikan acara ini berlangsung di jalan-jalan dan track-track di sekitar kawasan NILAI. Kemeriahan berbasikal secara lasak pasti menjadi tumpuan pada tarikh yang ditetapkan bagi masyarakat NILAI! Kayuhan sejauh 40 kilometer dengan halangan ciptaan alam semulajadinya pasti memenatkan tetapi kami percaya itu bukan halangan buat penggemar basikal lasak malah satu cabaran yang dinanti-nantikan oleh pengayuh...sudah pastinya hadiah lumayan menjadi idaman pada setiap peserta dan itu akan membakar lagi semangat untuk mengayuh lebih laju...kayuh! kayuh dan kayuh!!!

Anda nampak anak panah? Itu adalah bukit yang bakal diredah dan didaki oleh peserta NILAI MTB Jamboree, bermula dari lokasi gambar ini diambil. Adakah anda sudah bersedia? Tepuk bangku basikal tanya stamina, ok!

Para peserta akan menikmati suasana yang segar sebelum menempuh off road. Jalan yang dilalui memang menyamankan, harmonis dan romantik tetapi apabila anda memasuki off-road maka segala keharmonian akan bertukar menjadi serabut, maka cabaran pun bermula dan anda akan berasa azab serta sengsara tetapi sebagai pengayuh tegar anda tidak akan mudah give up! Itu pasti!! Walaupun begitu anda dijamin mendapat kepuasan darinya. Track sepanjang lebih kurang 40 kilometer cukup untuk membuatkan anda merasa puas dengan kayuhan.

KOR Sukarelawan Polis Siswa/Siswi USIM

Off road track sejauh 30km yang disediakan mungkin menjadi tanda tanya pada setiap peserta. Bersedialah dengan semangat dan tenaga kerana anda semua menuju ke sebuah bukit yang agak tinggi.

Suasana kedamaian...breathtaking.

Kami percaya anda pasti ingin meredah track di NILAI. Mungkin gambar-gambar yang ada disini boleh 'menggambarkan' lagi suasana lanskap di NILAI ni. Kayuhan bersama group memang best. Pakatlah dengan team basikal anda ok!

Jika ada gambar-gambar terkini pasti kami akan upload untuk tatapan  anda dan segala informasi terkini kami akan update untuk pengetahuan anda semua. Dont worry...selalu-selalulah jenguk website  Kayuhan berNILAI ni.

bottom of page