top of page

Apa ada di NILAI?

Penginapan

TIME HOTEL
PT 12940, JALAN BBN 1/7 D,
PUTRA NILAI, 71800 NILAI,
NEGERI SEMBILAN.
06-7333380

 

NILAI HOTEL
PT 9999, JALAN BBN 1/3D, PUTRA POINT PHASE 2A,

PUTRA NILAI, 71800 NILAI,

NEGERI SEMBILAN.
06-7998388

www.nilaihotel.com

 

THE ASTON HOTEL

PT 7182, JALAN BBN 1/2E,

PUTRA NILAI, 71800 NILAI,

NEGERI SEMBILAN.

06-7998888

www.theastonhotel.com.my

 

AETON HOTEL

PT 12151, JALAN BBN 1/1F,

PUTRA NILAI, 71800 NILAI,

NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.
06-7992358

www.aetonhotel.com


Nilai Springs Golf And Country Club

PT 4770, Nilai Springs,

71800 Putra Nilai, Negeri Sembilan

Resort Hotel

+606-8502288

Golf & Country Club

+606-8508888

 

NILAI kalau sekali pandang memang macam tak ada apa-apa, tapi kalau 8 kali pandang macam-macam ada sebenarnya. Sebelum itu, untuk peserta yang ingin bermalam, jangan risau, di NILAI terdapat banyak hotel-hotel yang bersih dan selesa. Hotel disini memang sentiasa menjaga standard kerana pelancung akan berkampung disini terutama menjelang Grand Prix di Litar Sepang (senarai hotel-hotel tersebut ada dilampirkan di kanan mukasurat ini).

 

Tempat yang mesti dijenguk ialah PASAR BORONG NILAI 3, wholesale centre! Area tu memang besar, kalau merayau memang makan masa 1 atau 2 atau 3 jam. Segala macam barang ada disitu terutama untuk keperluan hiasan rumah. Perempuan sukalah tempat macam ni. Para peserta NILAI MTB Jamboree yang datang bersama isteri, pastikan jangan tunjuk tempat ni...sangat merbahaya kerana isteri anda akan merayau kerana kerambangan mata melihat itu dan ini dan ini pasti meletihkan! Mungkin berlaku perselisihan faham jika si suami pula mencari alasan untuk pergi mengurut kaki di Bandar Baru Nilai...hahaha.

SELAMAT DATANG KE NILAI 3!

Jika ingin bersantai, borak-borak, kena teh dengan roti canai atau telur setengah masak, memang banyak restoran mamak disini. Jika nak makan berat seperti nasi paprik, tomyam, nasi daging merah dan sebagainya juga melambak-lambak disini. Jika nak tempat yang lebih relax, anda boleh pergi ke 9 evenue dalam area Giant di Bandar baru Nilai atau boleh juga ke Tesco foodcourt, McDonald, PizzaHut, Secret Resepi, Burger King dan KFC juga ada di Bandar Baru Nilai. Cafe-cafe juga ada...U name it, u got it! So, masalah makan memang tak de langsung, mudah didapati. Mengapa semuanya ada disini? ...kerana NILAI sering dibanjiri pelancung setiap kali ada race di Litar Sepang, juga di NILAI terdapat banyak kolej-kolej dan pelajar-pelajarnya terdiri dari berbagai bangsa yang datang dari seluruh dunia. NILAI boleh dikatakan bandar international...go international! :)

Cari kedai makan?

Tepuk perut tanya selera makan anda! haha...Di sini memang segala macam makanan ada. Kebersihan kedai rata-rata ditahap baik. Sebenarnya ada lagi kedai makan yang bagus di sekitar kawasan NILAI. Mungkin kalau anda rajin anda bolehlah kayuh2 warm-up sambil tenguk aktiviti masyarakat sekeliling.

Kami disini selalu lepak mamak ceri (bawah pokok ceri)...kalau rajin carilah mamak ceri yang kami selalu lepak borak ni...:). Pendek kata NILAI senang nak dapat makanan sambil santai, dengan lambakan gerai-gerai, restoran mamak, foodcourt, cafe dan sebagainya.

So marilah kasi gempak NILAI dengan gerombolan pengayuh tegar!!...Ajak gang basikal lain join this event! yay!

bottom of page